Tuesday, September 01, 2015

Daun belalai gajah yg merimbun

Weekend yg panjang tak pergi mana pun. Duk kat umah je..lagi pun my sister dari Terengganu dtg..so kita spend masa kat umah sahaja.

So bila weekend je la masa nak mendobi n nak mengemas. Semalam masa jemur kain tgk kat belakang tuh dah makin semak plak. Sebab pokok belalai gajah tuh dah naik tinggi sampai kena atap. Percaya la u olsss mak tak propa.

Pokok nih dah berusia 2 tahun lebih. Moon beli anak pokok ni masa Allahyarhamah Norma ada lagi. Mmg cari merata la daun belalai gajah nih atau nama omputih dia Sabah Snake Grass. Mcm mana gajah ley jadi snake...idak la mak tahu.

So mmg pokok ni tanam dalam pasu aje. Bila panjang je potong, bila panjang je potong. Kadang paksa pak sutan  minum jugak walaupun dia cukup tak suka la bab bab kena paksa minum ubat yg rasa pelik2 ni. Tapi kena la paksa jugak kan sebab dia kan ada strong family background of colon cancer. Walaupun dah buang 90% dari usus besar tapi risk tu masih ada kan. So apa la salahnya kalau kita amalkan. Kalau baik pun tuh semua atas izin Allah juga kan. Pergggg penat beleter kat pak sutan. Tapi kalau kita takder sakit pun boleh je minum...jadi kan amalan. Blend pun bleh...rendam air panas pun vley ....buat ulam pun vley


Nampak tak dia dah memanjangkan dirinya. Patut la nama dia snake,,,n belalai gajah. Kemain gumbira lagi korang memanjangkan diri. Pastuh masa belek2 tuh nampak banyak daun besar.... dah besar tapak tangan. Yg besar2 nih semua nya duk terlindung bawah pokok lemuni. 

Haiiih,..pokok lemuni pun moon tanam sebab nak buat nasik lemuni punya pasal. Plus kalau bakar batu tungku...balut ngan daun pandan n daun lemuni pun best, Bau wangi je. Asal cucuk je batang pokok dlm pasu...sekali terus dia besar gedabak. Tunggu pak sutan alih ke depan tak teralih lagi. Dia kata kat depan tuh tanah bukit. Baru je cangkul dah kena batu. Macam mana nak tanam pokok. Kang elok elok pokok tuh subur, bila alih kang mati macam mana. Sudah nya dah besar dah pokok tuh...ntah ntah dah kuar dah akar dari pasu tu


So setiap kali moon potong moon akan cucuk batang dia kat dlm pasu yg sama. Tak pun kat mana mana yg Moon suka hahahha. Kalau hidup bagus la. Batang pokok nih pun dah kasar dah..dah tahap veteran la pokok ni. So Moon kadang ckp ngan pokok...besar cepat2 ya pokok. Mana tahu boleh bantu org lain pulak. 

Semalam Moon ada tanya kalau ada sesapa nak daun ni. Kejap je hokey dah 4 5 org mintak. Maaf ek moon dah tak dpt bagi kat org lain dah sebab dah tak der. 

Dulu nak cari kemain payah. Nasib la ada Ann n Bashir tolong belikan kat ladang di seremban sana. Siap tolong belikan 1 anak pokok. Sebab korang la tolong belikan...pokok nih membesar sampai banyak mcm ni .

Yg bagus nya siput babi mmg takkan usik n makan pokok ni. Hari tuh moon kemain la semai pokok pudina. Mmg banyak daun keluar. Sekali boleh plak rombongan siput babi nih makan kenduri daun tuh. Habis licin...pagi nya tgk tinggal batang je. Stress betol. Pokok pegaga pun dia makan....Isk kata mummy kena buat pagar sekeliling pasu. Kat belakang tuh mmg banyak betul siput babi. Kalau malam malam jemor kain mmg panggil Isk la ajak dia kutip siput babi n buang.

So ramai jugak yg tanya apa khasiat n apa faedahnya daun belalai gajah nih


sumber dari Khasiat Herba
 Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan. Herba ini turut dikenali sebagai You Dun Chao atau Clinacanthus Nutans dan tergolong dalam keluarga Acanthaceae.
  Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, SSG terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida sebenarnya mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan.Sementara itu, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), SSG bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser.Kajian-kajian ini membuktikan bahawa penjagaan kesihatan menerusi makanan semula jadi seperti merupakan langkah alternatif yang baik.

Cara-Cara Membuat Jus Belalai Gajah

image credit to Serenemaklong
  • masukkan setengah @ satu cawan air dalam blender
  • masukkan 2 @ 3 ice cube jika suka
  • tambah setengah biji @ 1/4 jus lemon
  • masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti diatas. Elak basuh dgn air paip
  • masukkan sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji dan di potong 8
  • blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang
  • jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia
  • Paling cepat berkesan jika diminum jam 4 pagi
Semasa minum jus belalai gajah ini haruslah sedikit berpantang dengan makanan2 ini seperti gula atau makanan yang ada gula, madu, ikan kembung, 7 angled fish, ray fish, daging ayam, daging itik, keladi, beras pulut, butter atau planta, durian, sarang burung, ginseng atau mana2 herba2 lain. Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun belalai gajah.

  Selain dari daun belalai gajah, betik, biji aprikotserai atau apa saja jenis sayur mentah dan buah2an boleh merawat penyakit KANSER. Besar kejadian Allah SWT bukan. Banyak khasiat dari sayur2an dan buah2an yang kita tidak tahu kehebatannya boleh merawat penyakit merbahaya. Klik tajuk2 dibawah ini untuk khasiat2 buah2an dan sayur2an yang merawat KANSER.


Moon pun ada tanam pokok Pecah Beling jugak...n 7 jarum. Mana je yg org kata bagus semer la ai nak tanam. Alhamdulillah hidop semua. Tapi pokok cili jugak fail kalau tanam. Beli la 3 4 kali pun semuanya matik. Mmg tangan moon panas kot ngan pokok cili. 

So pokok moon dah ada org nak. So kalau ada sesiapa yg memerlukan boleh la ke ladang Sabah snake grass



  • Taman Herba YPL - Di Pusat Pertanian Pantai, Batu 7, Jalan Jelebu, Seremban.
  • Di Air Baning - Jelebu
  • Di Pusat Pembangunan Komoditi Sendayan, Batu 8, Jalan Seremban Port Dickson.
  • BLOG SABAH SNAKE GRASS








  • 5 comments:

    PeRdU cINta said...

    Wah daun belalai gajah..payah juga nak dapat benihnya..PC cari juga..

    Anonymous said...

    jenuh sy mencari daun ni..kalau sy nak beli camne yer moon.

    Unknown said...

    Wow bagus tu moon
    Thank you share good info ni

    Rahsia Bayi Pintar

    Unknown said...

    Assalamualaikum..Nurseri kami ada menjual pokok2 herba & ulaman...stok anak pokok rerama hijau & stevia pun ada..lokasi seksyen 8---sg ramal dlm,bangi,selangor..harga berpatutan dan perkhidmatan pos juga disediakan..hubungi D'Kaduk Herbs & Floral : 0123106846 -Faizal@ 0122440099 -Azizi

    Unknown said...

    Nak pos bolih ke...mcm mana yaa cara nak pos...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...