Thursday, September 10, 2015

Kena mummy jugak

Malam tadik rasa cam pendek aje masa. Masak masak lauk simple utk budak budak. Sarah makan menambah 4 pinggan. Terkejut Moon tgk dia makan. Rasanya sebelum makan tadik semua dah Bismillah n siap baca doa makan. Apa kena plak tetiba dia makan berselera semacam ni. Tapi Moon happy je dia berselera sebab last week dia demam n mmg tak makan sangat. Mungkin selera dia dah dtg balik. 


Budak comot. Kerusi Sarah la paling win hahahhaha takyah susah susah beli highchair. Atas kerusi nih juga senang mueheheh. Anak ke 3 cam nih la jadinya

Yang bagus nyer, lepas makan mmg without fail misti dia berak punya hahahah. Lepas dah salin baju semer terus la mata dia mengantuk. Perut dah kenyang....apa lagi. Tido la kan. Rupanya dia nak ajak naik atas utk tido. Since mummy ada kije sket...apa kata korang naik dulu ngan daddy k.


Moon plak malam tadik sibuk sket ngan order org n nak update page kain langsir. Sebenarnya ada banyak kain langsir kat lvl 7 tuh. Tak dapat la Moon nak upload semua. So Moon pilih jer yg mana top seller utk bantu mereka yg duduk luar dari KL utk beli secara online. So semua urusan penghantaran mmg Moon buat sendiri. Tapi utk bulan 9 je la sebab mmg once upload je mmg tak berenti la phone tuh duk bagi notification. Rupanya ramai juga yg tak tahu macam mana nak guna kupon n macam mana sale ni berjalan n etc. Tapi mana yg mmg dah selalu pergi kemain ya korang gumbira yaaaaaaa.

Baru tgh duk layan n reply email org tetiba dengar " mummy sarah nak susu ' 

So naik la atas dulu utk layan si kecik ni. Dia org kalau ngan Pak Sutan mmg payah nak lena...kalau sejam mmg sejam la dia org duk bergumbira n bergurau senda. Siap Isk yg besar tuh boleh main panjat2 bapak dia...Yaya pun sama. Korang buat daddy macam playground korang kan. Cuba kalau ngan Moon ....dah takyah nak main main geletek2 bagai. Tido cepat


Harapkan Pak Sutan tido kan budak2 sekali bila Moon naik je, dia plak yg terus lena. Misti dia lega sebab Moon dah naik hahahahha.

Sarah dpt je upah dia mmg lena terus la....di iringi dengkuran Pak Sutan yg merdu itu hahahah. Pak Sutan kata budak2 nih kalau ngan dia mmg payah nak tido. Kalau ngan mummy cepat je tido. 

Maybe sebab Moon ni bosan sket kot. Kalau ngan daddy dia org boleh main main lagi kan, siap boleh main teka teki, Sapa jawab salah akan kena geletek. Mmg menjerit2 la Yaya n Isk bila kena geletek ketiak. Silap2 Isk ngan Yaya suruh pak sutan geletek Moon jugak. Bila Moon marah n suruh tido cepat boleh plak dia org kata  ala tak sporting la mummy nih. Masalahnya besok sekolah yang oooiiiiiiiiiiiii

5 comments:

Unknown said...

aloh comelnya Sarah.
GItulah anak kecik kalo nak senang tak leh la jadi supermom hehe

Rahsia Bayi Pintar

Ibu Lala said...

Macam macam gaya dah sarah ni. Omey pulak tu

Mummy Julia said...

Alahai comelnya Sarah....

Lenny said...

ahahahahhaa.... kita banyak keje kot sbb tuh kita ni bosan kannnnnn... ahahhaha...

cepat tido esok nak skolah kang kejut susah! ahahhaha..

yerla yyerla.. daddy je la yg terbest dalam dunia.. ahahhahaha.. kan kan kan...

Ziana Eunos said...

comeyyy ^_^

*jemput singgah blog ya http://zianaeunos.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...