Tuesday, June 21, 2016

menu berbuka

Moon mmg jarang nak share menu berbuka ( tapi suka tgk menu berbuka orang sebab nak jadikan sumber inspirasi chewahhh ) hahahahh kali ni nak share juga sebab ni la lauk fav kids kat umah ni. Kalau masak ni memang menambah la nasik ( tapi kalau masak lain pun menambah juga ahaks )


ni bukan gulai atau rendang ye. Tiada sebarang rempah kat dalam ni n nak masak pun senang. Nampak macam misti cerewet nak masak ni....padahal main campak campak aje.

Akak ibu bekerja...balik kije amik anak anak kat nerseri lepas tuh balik nak berkung fu kat dapur lagi...so kita pilih menu simple n campak campak. Siap masak awal n hidang awal atas meja, boleh la duduk hilangkan lenguh sementara nak berbuka puasa.

Tak tahu apa nama masakan ayam ni hahahha sebab biasa anak anak mmg suka ayam masak merah, tapi ni campo santan.

Ayam masak merah bersantan la kiranya

Ayam
Bawang merah blend
cili boh
serai 2 btg
halia sket
halba
asam keping

Cara Cara

1- tumis bawang blend agak agak 1 senduk ngan cili boh setengah senduk. Kalau nak pedas boleh letak lebih. Moon suka letak lebih sket sebab nak ada kuah2

2- masukkan serai yg dah dititik bersama halia sket. ( boleh juga nak letak daun limau purut kalau suka. Kadang kadang Moon letak...kadang kadang tak. Kali ni tak letak sebab malas nak keluar kat belakang amik daun limau purut )

3- bila semua dah pecah minyak masukkan ayam. Biar ayam masak n mesra gitu

4- lepas tu masukkan santan , biar mendidih . masukkan halba sket nak bagi wangi semerbak dan jgn lupa asam keping

5- masukkan garam n gula. Rasa dia akan masam, manis, masin n lemak lemak. Since lidah ni nak gaks pedas, maka Moon campakkan sekali cili padi 4 5 biji. So bila makan nanti ley kenyek cili tuh hhahhahaha alamak tetiba basah plak mulut ni


makan ngan nasik panas panas, lembek lembek sket mmg makan pejam mata u ols. Mek Sarah kalau suap nasik lauk ni memang 2 kali la dia menambah.

makan ulam ngan kacang botol pun sedap ni ...tapi kacang botol kat kedai tu kemain la tua...rasanya kalau gigit...serat / sabut dia je yg banyak. Kacang botol ni kalau dapat yg baby n halus halus tuh baru la sedap kan.



Ni saja buat tambahan lauk. Tauhu lembut  goreng lepas tuh gaul ngan sambal. Sambal ni adalah stok last dalam peti ais. Moon mmg buat lebih n simpan 2 3 bekas dlm peti. Kalau nak cepat panaskan sambal tuh n campak je udang ke....sotong ke...atau goreng ayam je . Ada sikit je balance ....so gaul je la semua sekali n habis kan baki terung dlm peti. Asalnya beli terung bulat tuh konon nak masak kari la apa. Sudahnya terlupa sampai ke sudah. Bila selongkar peti nampak ada 3 biji tersorok belakang plastik. Apa lagi potong2 n goreng kejap bagi layu n gaul je sekali

tu je la menu berbuka yg simple. So far masih belum ke bazaar ramadhan yg besar tu. Takat beli nasik kerabu kat tempat penjaja dekat umah ni je. Tu pun sebab sampai umah dah 6 30. Ngan nasik belum masak,,,,ikan keras kelengkung kelengkung dlm peti.

Skrg dah kurang minat nak berjalan sepanjang bazar Ramadhan. Sebab dah tahu diri ini akan terjebak membeli macam macam sudahnya membazir tak habis mkn .

So u ols boleh la cuba masak ayam santan tuh ...kalau dlm peti ice korang ada ayam ada santan. Ha menu malam ni boleh masak




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...