Monday, July 10, 2017

report Card Day

Last week ambil report card sekolah agama. Minggu ni amik report card utk sekolah Kebangsaan plak.

Moon dulu kemain takut nak tunjuk kad kemajuan kat abah. Bukan apa malas nak dengar dia bebel. Walaupun dapat nom 3 ke nom 4 tetap kena bebel. Pernah jugak beberapa kali sign sendiri je buku rekod hahahahha . Kadang abah takley dtg...mak ayah org dtg je sembang ngan cikgu ...kita gaks alih alih amik je buku sendiri bawak balik ...Tu akak dulu dulu la kan kisah dolu dolu.

Tapi bila tiba turn anak sendiri mmg walau macam mana pun kita tetap akan luangkan masa g sekolah anak n jumpa ngan cikgu. Sebab cikgu la org yang tahu macam mana prestasi pembelajaran anak kita n perangai anak kita kat sekolah .

Pak Sutan benda pertama dia akan tanya cikgu adalah

Cikgu anak saya macam mana dlm kelas . Ada dia cakap kurang ajar ngan cikgu tak . Ada kelakuan dia tak elok tak . Dia dengar cakap cikgu tak ? Kalau ada cikgu marah aje dia tegur dia kalau dia buat salah

Dari Isk darjah 1 sampai la darjah 6 sekarang. Without fail misti dia akan tanya kelakuan anak dia dulu. Sebab dia cukup tak suka budak melawan cakap nak nak lagi ngan guru guru dan orang tua . Sebab dulu mak dia pun rajin gie sekolah siap pesan kat cikgu , kalau anak saya buat salah marah la dia ..pukul pun boleh. Tapi jgn bagi cacat sudah . Tu dia mak cakap cam tu . Cer sekarang ada tak mak ckp cam ni lagi hahahha . Kita dulu punya takut kalau mak tahu kita buat perangai kat sekolah kan kan kan .

Ok back to report card .

Alhamdulillah result ok . My kids tak lag ultra genius yg semua dapat A . But im still proud of em dan tahu dia org dah cuba sebaik mungkin. Sebab kita parents mmg tahu kemampuan n kekuatan anak kita macam mana kan.

So Moon pesan kat ISk ...its ok u tak dapat A tapi jangan la fail any subject  . Hahhahah tapi yg klaka nya dia score giler utk subject lain selain subject teras utk UPSR tu hahahhaha urut dada je mak kamu Isk .

Budak kecik tu sibuk nak ikut jugak . Siap tanya bila dia nak sekolah ni. Sarah suka sekolah ni. Habis semua kawan kawan kakak dia jadi kawan dia . Siap kawan kakak dukung dia lagi ...hover nanad kamu ni semek .


Yaya plak dalam duk asyik nak tidur awal ....pukul 9 dah lembik n nak lena . Dia punya result sangat bagus . Cuma dr sekolah pra sampai la sekarang darjah 3 cikgu kata dia banyak cakap kat kelas . OMG tu mmg mummy dah ready utk dengar dr cikgu kamu Yaya

 Sarah siap ajak kakak pergi kantin . Kemain lagi dia lepak ngan kakak kakak darjah 3. Amboiii ....kemain bahagia lagi dia sebab Kakak yg belikan air dan nasi lemak . Dah la makan 2 pinggan nasik lemak


Nanti mummy hantar Sarah dtg sekolah lagi ya Mummy . .sebab Sarah suka la sekolah ni best . 

Kemain lagi bahagia dia dapat ikut gie sekolah abang ngan Kakak . Thn depan dah kena anta awak masuk sekolah dah la Semek oooiiii . Hope semangat seronok nak gie sekolah ni dikekalkan sampai bila bila hahahhahahah





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...