Thursday, March 16, 2017

Levi's, Pavilion Elite STS Launching

Minggu lepas, Moon berpeluang ke perasmian kedai baru Levi's , Set The Standard ( STS ) yang pertama. Levi's STS terletak di Lvl 4 Pavilion Elite , salah satu pusat membeli belah yang terulung dan top di Malaysia.


 Kali ni Moon ajak Pak Sutan pergi sekali. Ni 1st time dia ikut Moon ke event. Moon ingatkan nanti misti dia bosan ke apa, tapi dia mmg seronok sangat. Sebab event ni sangat happening dan meriah. Para jemputan pun ramai dan ada banyak aktiviti kita boleh join sementara tunggu perasmian kedai.



 Ada makan makan n minum minum juga . So sambil kita chit chat dengan guest yang hadir, masing masing boleh pergi amik gambar kat photo booth yg sangat best

 Groovy Photobooth

Sempat la ajak Pak Sutan bergambar sekali kat dalam photobooth ni . Lepas tu gambar kita org di gantungkan kat luar booth n kat atas sekali plak tu. Bila masuk IG Nabila Huda kupu kupu terus nampak ada gambar kita org kat belakang tu hahahhahah glamer seposen kan .

Takley bergambar ngan Abil ....gamba kita org ada tepi dia pun jadi la hahhahahah ( nak jugakkkkk )

Mystery Gift Vending Machine 


Dapat Denim bag daripada machine ni ...love it ...love it. Ada juga guest yg dapat pencil case. Nama pun mystery kan ...so kita takkan tahu kita dapat apa ...


Levis Customization Counter

Kat Levi's Customize counter ni kita boleh nak tampal atau buat embroidery di bag atau jeans n jacket.

So hadiah bag yg dapat kat Mystery Vending Machine kat atas tu kita org jahitkan nama hahahhah MOON thats mean bag tu moonpunyerbag la


comel sangat kan lepas di customize kan. So each item adalah unik


“Kedai STS terbaru ini bertujuan menyerlahkan lagi pengalaman runcit Levi’s® melalui cetusan ekspresi jenama paling berkesan  – dari segi suasana sekitaran serta susun atur produk dan juga pengalaman berkunjung dalam kedai, ” jelas En. Imran Butt, Pengurus Negara, Levi Strauss Malaysia.

Ada fashion show juga selepas tirai Levi's, Set The Standard store dibuka. 





Ruang kedai Levis ni sangat selesa. Ianya juga luas serta mengabungkan rak-rak kayu pain serta besi.

Baju baju serta seluar disusun kemas mengikut jenis dan koleksi. So sangat senang kalau kita nak pilih . Cara produk disusun juga lebih ke arah konsep 'less is more' dimana dengan fokuskan pada ciri dan faedah produk berbanding kuantiti.


Levis Orange Tab collection.

Semasa pelanjaran Levi's STS store ni juga ada majlis pelancaran koleksi terbaru Levis Orange Tab. Biasa kita tahu kalau jenama Levi's mesti tab dia warna merah kan. Tapi orange tab ini adalah keluaran masa tahun 1960an semasa era 'counterculture' . Orange Tab adalah bercirikan 'old school' dan amat diminati oleh pengumpul vintaj dan juga peminat peminat denim. 



Melalui gabungan lama dan modern maka terhasil la koleksi Orange Tab 2017. Tarikan lama dipadankan dengan fabrik yang bersesuian dengan trend moden kini. 

Orange Tab for Men
Harga antara RM69 hingga RM 499




Orange Tab for Women
Harga antara RM 69 hingga RM269




 Kat atas ni , Moon share kan dengan u ols di antara koleksi Orange Tab . Koleksi Orange Tab sudah boleh di dapati di Levi's Store. So bagi peminat peminat Levi's dan juga denim ala vintaj, u ols kena cepat cepat dapatkannya tau.



Levi's STS kat Pavilion Elite ni mmg best n selesa.


Jom tgk gamba .. mmg smart sangat bila nampak model model ni pakai. Nampak sangat selesa . Moon sangat suka kalau tgk org pakai seluar jeans ngan t shirt putih sebab nampak  selesa n kemas.


Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke Levi.com.my

Visit the new Levi’s® store at Lot 4.103.00, Level 4, Pavilion Elite. 
Open daily, 10am-10pm.

Wednesday, March 15, 2017

Pernikahan Dr Dalila n Dr Faizal

Selamat pengantin baru Dalila . Baru sempat nak upload n up entry. Kemain lagi kan ...tapi kat IG dah naik dulu gambarnya hahahah


Rombongan Cik Kiah n anak anak serta menantu n cucu sudah sampai . Kemain lagi Rafiq, nampak Bapak terus pegang n tak peduli org lain dah . Jumpa geng kamcing ya . Dulu masa Rafiq duk ngan Mama n Papa kat Taiping, dia suka tido ngan Papa . Celah ketiak Bapak juga dia cari .

La ni Rafiq tidoq celah ketiak mama n papa plak la kan hahahah. Talib n Baqis yg sambut anniversary ke 3 march baru ni ...eh ni pun bulan March lagi kan. 

Happy 3 years u ols 

Lib , awat skema plak muka Lib dlm gamba ni ...mungkin rambut Lib cam tu hahahhahah

  Nanti tunggu kenduri Umi plak ...ehhhh eh bila tu hahhaha . Mama n Auntie Milah, mak pengantin


Apik yang malu malu konon....geget pipi bam bam tu baru tahu . Talib kata dia duk geram nak gie cucuk kek pengantin kat depan tuh hahhahahah. So semua kena alert jgn bagi dia sampai kat kek tu hahahha

Rafiq sejak gi sekolah ni dia banyak sangat improve. Dia dah start cakap sket sket ...dah kenal semua jenis bentuk ...ploygon la ...cresent la ...hexagon la ...circle la. Bunyi plak anak mat salleh sangat sebutan kamu Apik .

Setiap Rabu dia gie terapi kat Permata .

Setiap hari biasa ke sekolah khas di mana ada sorang cikgu je akan ajar dia . Apik improve alot hokey ...dia siap boleh duduk diam lama sket ...pastu paham apa kita cakap kat dia .....caiyook Apik . Caiyoook mama n papa Apik .

Rafiq is diagnosed with a mild Autisme more pada speech and motor skill. Now pegang pen pun dah betul .......Hi 5 sket Apik ..



Tak pa Apik ....sebab si Sarah pun duk geram kat lauk pengantin ni . Sibuk tanya ni apa ...napa dia tak bukak udang ni. Kita boleh makan ke ni . Jenuh nak layan semek ni . Siap bawak anak patung bagai gie majlis kenduri org ....aduiii

Para para lelaki duk kat luar n makan makan ...kami harus la masuk dlm tgk pengantin hhahehehhehe. Elehhhh Apik ...kemain la anje anje angat ngan Bapak dia tu .


Tak tahu napa....kalau gie kenduri kan . Moon suka nak tgk hantaran ...nak tgk pelamin ...nak tgk bilik pengantin . So mak mak kannnnnnn . Yeah I know but I cant help it. Masa dulu dulu wat job amik gamba kawen , Moon mmg excited habis bila nak tgk pengantin make up . Sebab kalau photog pompuan yg amik gamba pengantin pompuan senang sket. So pengantin pompuan takder la segan nak bukak tudung ke apa kan. So at the same time Moon akan tgk la proses make up dr mula sampai habis hahahhaha.


sweet sangat ...



bergambar gambar dulu ngan sepupu sepupu. 

Si kecik ni mmg bawak hal sendiri. 

 Masa ni tgu utk majlis nikah . Cantik sangat baju Dalila, simple je . Kain sari warna baby blue . Match kan ngan tudung kuning lembut cam tu ....sweet . Terus sembang ngan Baqis...ok tahun ni kita semua pakai sari juga la utk raya hahahha

 Majlis nikah berjalan dengan lancar . Alhamdulillah 


Acara membatalkan air sembahyang dan sarung cincin.

 Uncle , awat lagu tu hahahhaha

 With Iskandar yang dah beso panjang dah anak teruna ni 

 Harus la bergambar depan pelamin ngan Umi 

 Tuan puteri dah salin baju hahahah

 Pasangan pengantin tua 

With Fara Cheese House ...ni la tauke ciskut yg very fofuler tu. Sekarang tauke catering plak ...hebat la Fara. Kalau nak order nasi beriani gam best ...ley order ngan Auntie kita org . Dia org mmg jual nasi beriani dr dulu lagi, dah 25 tahun dah. 

Setiap hari Jumaat , boleh beli Nasi Beriani Sayang (11.30am- 2.30pm )

Masjid Alhidayah Kelana Jaya SS3
Masjid Tengku Kelana Kelana Jaya SS7

Food court di Menara LHDN Damansara Perdana , Sayang Food Catering 
PM/whatsapp 0193731978-fara
PM/whatsapp 0137061977-emran.


gituuu alang alang kita bundle kan everything semua dalam 1 entry . Sebab nasi beriani dia org mmg sedap . Kita org kalau Auntie ajak dtg umah makan...mmg kita org looking forward pada dia punya nasi beriani . Nak nak kambing dia ........pergh mak mertua lalu pun tak nampak ( sori Mama ....nampak sebenarnya tapi duk concentrate pada makan hahahhah )


Selamat Pengantin Baru buat Dalila n suami ...moga kekal hingga ke akhir hayat ...mmuahsss

Kami balik ngan perut yang kenyang n lontong Auntie Rozie yg sangat sedap sebekas beso muahahhaha .Tq Fara sebab kita berjaya seludup lontong dr bonet ke bonet hahahah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...